Welcome to My Blog. Follow this cute blog! → +

Single?
Thursday, November 14, 2013 | 2:43 PM | 0 comments

Assalamualaikum.

I'm Single. Hmm.
Kadang-kadang aku terfikir, perkataan itu. Bila rasa sunyi. Sepi.

Tapi, barangkali aku sudah TERLUPA bahawa aku tak 'single' walau sesaat pun. Tak terfikirkah? Selama ni siapa yg beri aku benafas hingga ke hari ni. Selama ni siapa yg beri aku kehidupan. Selama ni siapa yg memberi aku rezeki. Semuanya ALLAH s.w.t yang bagi. Sampainya hati aku berasa seolah-olah 'single' di mukabumi ini. Allahu Allahu :'(

Lagi, keluargaku. Mak ayah yg tak pernah meminta balasan setelah apa yg mereka lakukan. Apakah aku sudah lupa yg mereka sentiasa ada dengan aku? Saat jatuh. Saat bangunku. Maafkan aku duhai ibu bapaku. Daku tak pernah 'single' kerna ada kamu menemaniku wahai abi, ummi :'(



Ingatlah, kita tak pernah SINGLE. Inallaha Ma'ana. Sesungguhnya ALLAH bersama kita. Doa ibu bapa sentiasa mengiringi kita. Jangan lupa.

Tolong ingatkan aku andai aku terlupa. Tolong ingatkan aku andai aku terleka...


Result?
| 12:09 AM | 0 comments


Assalamualaikum. Adik-adik yg tak tidur lagi. yg sedang ber"muka buku"(Facebook), ber"burung biru"(Twitter) tuu. Esok hari last dah bebudak darjah 6 kat sekolah rendah kan. Lepasni, dah sekolah menengah. Hehe

Esok, hari khamis (14.11.13) result UPSR dah keluar. yeayyy! akak-akak pulak yg excited kemain. Hahaha. Haa, so so? Nervous kan. Normal lah. Bawak bersabar ya. Banyak-banyak berdoa. Untuk adik bongsu teman tu haa. Ingaatt!!

Dulu-dulu time kami, takda lagi fb ka tweet-tweet ni. kesian kesian. sekarang ni, macam-macam dah ado. Boleh lah adik-adik nak camwhore ka, selfie ka besok sambil tunjuk result memasing. Hehehe.

Buat dah. Sekarang, tawakal sajalah adik. Semoga adikku dan semua yg ambil result UPSR esok tu dapat keputusan yg cemerlang. yg membanggakan mak ayah. Allahumma Ameen :)

Btw, goodluck. And banyak2 doa ya untuk esok.
Selamaatt malaamm .
Bismillahirrahmanirrahim..
Wednesday, October 30, 2013 | 11:22 PM | 0 comments
Assalamualaikum .

May Allah ease everything untuk hari esok .

Buat untuk family, diri-sendiri dan masa depan . Ingat wahai diri !

Kuatkan semangat . You can do it ! You must do it !

Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin. 
(Ya Allah, Permudahkanlah urusanku. Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan. Dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang) 

Allahuma Ameen .

Selamat malam .


Kadang terlupa .
Saturday, October 19, 2013 | 2:51 PM | 0 comments
Assalamualaikum .

Buat abang, adik-adik, kakak-kakak serta diriku sendiri.


Sayangi mak.
Cium mak.
Peluk mak.
Jaga hati mak lebih dari hati kawan.
Cakap elok-elok dgn mak.
Jangan bagi mak menangis kerana kita.
Jangan malu dgn mak (penampilan/perwatakan)

Berbanggalah kita mempunyai mak yang amat sayangkan kita.
Jaga, asuh, bimbimg kita dari kecil.
Sekalipun kita telah berjaya, jangan lupa!
Dialah yg mendoakan kejayaan kita.
Berterima kasih kepadanya. Berkat.

Tiada kasih seumpama yg mak bagi.
Maafkan anakmu, mak. Andai aku terlupa semua ini, mak.
I love you My Mama. Hugs :*


Kawan atau sahabat?
| 1:38 AM | 0 comments

Kawan. Sesiapa saja boleh dijadikan kawan.
Sahabat. Entah siapa yg berhak digelar sedemikian.
Bukan apa.

Kawan walaupun sekali kita pernah berjumpa, berborak. Dia sudah boleh digelarkan sbg kawan.
Tapi sahabat. Dia telah menjadi kawan kita, namun menjadi sahabat? Entahlah.

Layakkah digelar sahabat andai kita menolongnya di waktu dia memerlukan pertolongan, secebis ucapan terima kasih pun tak diberi.
Layakkah digelar sahabat andai kita sedang menangis, dia hanya mentertawakan kita dan hanya berdiam diri.
Layakkah digelar sahabat tatkala kita sedang bahagia, dia sedang mencuba merampas kebahagiaan itu.
Layakkah? Layakkah?

Betullah, ada kata-kata yg berbunyi "kawan ketika gembira senang dicari daripada kawan ketika menangis".
Bersyukurlah andai kita sudah temui Sahabat kita itu. Bersama-sama lah dengannya ke arah kebaikan. Berkawan hingga ke syurga. Berbuat kebaikan kepada sesiapa pun. Pimpinlah tangannya ke syurga. In shaa Allah~

Namun, janganlah bermusuh-musuhan dengan sesiapa. Kita tak berhak menghukum sesiapa pun kerana hanya Allah yg berhak.

*Jangan terasa hati ya kawan-kawan. Sayang awak semua <3
Sekiann . Assalamualaikum :D


Sometimes it hurts instead
Friday, October 18, 2013 | 2:47 AM | 0 comments

Orang yang menangis dalam diam . Ada sebabnya yg tersendiri. Usah menghukum diri sendiri dan juga orang lain. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. La Tahzan, Inallaha ma'ana . Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita .


Mulut .
Thursday, October 17, 2013 | 11:47 PM | 0 comments
Bismillahhirrahmanirrahim~

Salam Alayk !

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak menaip panjang-panjang timbul rasa nak ada blog balik. yg lama dah dipadam. Hehe

Okay. Berbalik pada tajuk mengenai mulut. Kita sering dengar dan confirm dah tahu lah pepatah "kerana mulut badan binasa".

"Alkisahnya, ada satu masa tu, di sebuah 'shopping complex', ada si jurujual dan dua orang pelanggannya. Sedang pelanggan itu pilih-pilih barang yg ingin dibeli, salah seorang pelanggan itu berkata sesuatu kpd si penjual dgn keadaan melawak. Si penjual itu toleh ke arah lain dan berkata-kata sesuatu yg tak sedap didengar. Pendek kata, sedang mengutuk pelanggan tersebut. Dan terus buat layan tak layan saja dekat dua pelanggan tersebut."

Moral cerita pendek di atas yg mungkin agak payah nak faham, siapa pun kita. Tak hairanlah Si jurujual kecilan, si penjual karpet. Tak perlulah nak menyombong dengan pelanggan kita walaupun mungkin ada yg menghina pekerjaan kita itu. Biarlah mulut orang, kita tak berhak menghukum sesiapa. Apa salahnya kita jawab elok-elok. Dan, buat diri kita sendiri, mungkin kadangkala kita hendak bergurau atau melawak dengan orang tetapi mereka berasa kita menghinanya atau apa2. Mungkin lawak kita kasar bagi mereka. Nak buat macamana kan, hati manusia lain-lain. Susah nak meramal. Mungkin berdiam diri lebih baik. Perhaps ^^

Sekian, jaga mulut. Jaga percakapan. **Kisah ini tiada kena mengena dgn sesiapa :)