Mulut .
Thursday, October 17, 2013 | 11:47 PM | 0 comments
Bismillahhirrahmanirrahim~
Salam Alayk !
Alhamdulillah, setelah sekian lama tak menaip panjang-panjang timbul rasa nak ada blog balik. yg lama dah dipadam. Hehe
Okay. Berbalik pada tajuk mengenai mulut. Kita sering dengar dan confirm dah tahu lah pepatah "kerana mulut badan binasa".
"Alkisahnya, ada satu masa tu, di sebuah 'shopping complex', ada si jurujual dan dua orang pelanggannya. Sedang pelanggan itu pilih-pilih barang yg ingin dibeli, salah seorang pelanggan itu berkata sesuatu kpd si penjual dgn keadaan melawak. Si penjual itu toleh ke arah lain dan berkata-kata sesuatu yg tak sedap didengar. Pendek kata, sedang mengutuk pelanggan tersebut. Dan terus buat layan tak layan saja dekat dua pelanggan tersebut."
Moral cerita pendek di atas yg mungkin agak payah nak faham, siapa pun kita. Tak hairanlah Si jurujual kecilan, si penjual karpet. Tak perlulah nak menyombong dengan pelanggan kita walaupun mungkin ada yg menghina pekerjaan kita itu. Biarlah mulut orang, kita tak berhak menghukum sesiapa. Apa salahnya kita jawab elok-elok. Dan, buat diri kita sendiri, mungkin kadangkala kita hendak bergurau atau melawak dengan orang tetapi mereka berasa kita menghinanya atau apa2. Mungkin lawak kita kasar bagi mereka. Nak buat macamana kan, hati manusia lain-lain. Susah nak meramal. Mungkin berdiam diri lebih baik. Perhaps ^^
Sekian, jaga mulut. Jaga percakapan. **Kisah ini tiada kena mengena dgn sesiapa :)