Welcome to My Blog. Follow this cute blog! → +

Kawan atau sahabat?
Saturday, October 19, 2013 | 1:38 AM | 0 comments

Kawan. Sesiapa saja boleh dijadikan kawan.
Sahabat. Entah siapa yg berhak digelar sedemikian.
Bukan apa.

Kawan walaupun sekali kita pernah berjumpa, berborak. Dia sudah boleh digelarkan sbg kawan.
Tapi sahabat. Dia telah menjadi kawan kita, namun menjadi sahabat? Entahlah.

Layakkah digelar sahabat andai kita menolongnya di waktu dia memerlukan pertolongan, secebis ucapan terima kasih pun tak diberi.
Layakkah digelar sahabat andai kita sedang menangis, dia hanya mentertawakan kita dan hanya berdiam diri.
Layakkah digelar sahabat tatkala kita sedang bahagia, dia sedang mencuba merampas kebahagiaan itu.
Layakkah? Layakkah?

Betullah, ada kata-kata yg berbunyi "kawan ketika gembira senang dicari daripada kawan ketika menangis".
Bersyukurlah andai kita sudah temui Sahabat kita itu. Bersama-sama lah dengannya ke arah kebaikan. Berkawan hingga ke syurga. Berbuat kebaikan kepada sesiapa pun. Pimpinlah tangannya ke syurga. In shaa Allah~

Namun, janganlah bermusuh-musuhan dengan sesiapa. Kita tak berhak menghukum sesiapa pun kerana hanya Allah yg berhak.

*Jangan terasa hati ya kawan-kawan. Sayang awak semua <3
Sekiann . Assalamualaikum :D



Older Post | Newer Post